Upload
sis-melor
View
54
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
.
Citation preview
5/28/2018 nota full
1/88
1
1.0 PENDAHULUAN
Pelbagai sistem tulisan yang pernah digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang riwayat
hidupnya. Ini dapat dibuktikan daripada tinggalan sejarah dalam bentuk paleografi dan
juga epigrafi. Namun begitu, sistem tulisan Jawi adalah yang paling lama dan luasdigunakan oleh bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah digunakan dalam manuskrip Melayu
sejak abad kesepuluh Masihi sehingga kini. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi
Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Jawi amat sinonim dengan empat elemen penting iaitu orang Jawi, bangsa
Jawi, bahasa Jawi dan tulisan Jawi yang setiap satunya membawa maksud orang
Melayu, umat Melayu, bahasa Melayu dan tulisan Jawi sendiri. Dari segi pengertian
istilah pula, Jawi merujuk kepada perkataan Al-Jawah di dalam bahasa Arab yangjuga merupakan suatu kawasan di Sumatera. Selain itu, terdapat juga beberapa
pengertian mengenai istilah Jawi yang dikemukakan oleh R.J Wilkinson di dalam
kamusnya iaitu merujuk kepada pokok jejawi, beras Jawi dan Marsden pula
mengambil keterangan daripada Raffles yang memberi pengertian kacukan di antara
bapa keling dengan ibu Melayu. Bentuk skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan lima
abjad tambahan seperti cha, nga, pa, gha, dan nya yang menyamai kaedah
paleografi pada Batu Bersurat Terengganu. Pada tahun 1986, Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) telah menambah satu lagi abjad iaitu wau bertitik atas yang mewakili
huruf v melalui Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD).
Tulisan Jawi telah mengalami beberapa tahap pensisteman dalam sejarah
perkembangannya. Tulisan ini bersumberkan tulisan Arab tetapi ditambah lima abjad
baru untuk melambangkan lima bunyi bahasa Melayu yang tidak ada dalam bahasa
Arab. Oleh itu, tulisan Jawi mengandungi 29 abjad Arab dan lima abjad ciptaan Melayu
sehingga menjadi 34 abjad semuanya. Pada tahun 1986 telah ditambah satu lagi abjad
untuk melambangkan bunyi v yang berasal dari Eropah. Penyesuaian dan pembaikan
masih lagi difikirkan bagi sistem ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka.
5/28/2018 nota full
2/88
2
Etimologi adalah cabang ilmulinguistik yang mempelajari asal-usul suatukata
(Chaer,2008:7). Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil daribahasa Belanda
etymologie yang berakar daribahasa Yunani tymos (erti sebenarnya adalah sebuah
kata)dan lgos(ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani
(tymos, erti kata) dan (lgos, ilmu). Kata sinonimberasal dari bahasa
Yunani syn yang ertinya dengan dan kata bahasa Yunani Onoma yang bermaksud
nama. Contoh lain katasekaten (dalam bahasa Jawa) berasal dari bahasa
Arab syahadatainya itu ucapan dua kalimat syahadat.
Berdasarkan bahan rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat, etimologi merupakan
cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata.
Konsep bahasa purba dan salasilah bahasa, yakni konsep yang asasi dalam
perkembangan ilmu linguistik moden hanya tercapai dengan menerapkan pendekatan
etimologi.
Etimologi juga menjelaskan mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama untuk
memungkinkan mendapatkan informasi langsung mengenai bahasa tersebut (seperti
tulisan) untuk diketahui. Dengan membandingkan kata-kata dalam bahasa yang saling
bertaut, seseorang dapat mempelajari mengenai bahasa kuno yang merupakan
generasi yang lebih lama. Dengan cara ini, akar bahasa yang telah diketahui yang
dapat menelusuri jauh ke belakang kepada asal-usul bahasa.
http://wapedia.mobi/id/Linguistikhttp://wapedia.mobi/id/Katahttp://wapedia.mobi/id/Bahasa_Belandahttp://wapedia.mobi/id/Bahasa_Yunanihttp://wapedia.mobi/id/Katahttp://wapedia.mobi/id/Katahttp://wapedia.mobi/id/Bahasa_Yunanihttp://wapedia.mobi/id/Bahasa_Belandahttp://wapedia.mobi/id/Katahttp://wapedia.mobi/id/Linguistik5/28/2018 nota full
3/88
3
2.0 SISTEM TULISAN JAWI
2.1 Sistem Tulisan Jawi Kitab Pengetahuan Bahasa
Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan telah wujud berabad-abadlamanya di Nusantara kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan
agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan
huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu. Tulisan
Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,
Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak Zaman kerajaan Islam Pasai. kemudian disebarkan ke kerajaan
Melaka dan Johor dan juga Aceh abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia
adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau
1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan
rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan
adat istiadat Melayu yang kebanyakannya Johor, Kedah , Kelantan, Perlis dan
Terengganu.
Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak
sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi
agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab
yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang
untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu
yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama
(Hamdan 1999: 1).
5/28/2018 nota full
4/88
4
Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan
manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu
masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila
manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya
melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti
sendiri tetapi oleh orang lain juga.
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali
juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang
Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah
atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal
sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi
diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula,
sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.
Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah
mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna.
Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno
(tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di
Sumatera Selatan, di daerah Bangka hulu dan Palembang di sebelah hulu, manakalatulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah
memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga
bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama
terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang
India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh
indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruhHindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh
Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu
yang hidup hingga pada hari ini.
5/28/2018 nota full
5/88
5
Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa
katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai
tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam
pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti
bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini
telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta
sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.
Rajah 2.1: Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat di atas memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar
masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu
perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut
memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi
yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini
telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang
terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a
(ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan
wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z
sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf
q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud
dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai.
5/28/2018 nota full
6/88
6
Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan
berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh
kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para
pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan
Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu.
Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa
Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah
ini.
Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar
menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud
orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik
termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan pulau Sumatera
sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi
dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini
dicampur adukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf
tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab
yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ) ), Nga ) ), dan Nya) ), Ga) ), Pa ). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut padalidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama
bentuknya.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian
disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti
kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal
ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke
negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi
bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di
Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
5/28/2018 nota full
7/88
7
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-
perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa
Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi
negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).
Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang
Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan
untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab,
di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu
tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu
bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala
Berang, Hulu Terengganu.
Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan.
Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan.
Manakala bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya
kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam. Penggunaan tulisan semakin meluas.
Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wangterutamanya wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang
memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,
Mansur Shah dan lain-lain.
Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan
dalam penulisan surat rasmi. Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini
bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti
raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain.Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja dan
negara di Alam Melayu. Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan.
Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakannya
terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan dan cap batu.
5/28/2018 nota full
8/88
8
Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke
tanah Melayu. Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan
yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti ialah beberapa catatan pemilikan
dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan. Kedatangan
para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu. Antara ialah
kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu.
Contohnya ialah pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak.
Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah bahasa dan tulisan.
Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat khabar
Alamat Langkapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah
al-Imam.
Raja Ali Haji juga turut meneliti manuskrip Bustan al-Katibin yang ditulis pada
tahun 1267 H/1850 M. Dari segi seni khat, tulisan Jawi dalam Bustan al-Katibin
mengingatkan kepada manuskrip Surat Sultan Perkasa Alam Johan Aceh (1615 M),
Hukum Qanun Melaka(1761 M) dan Bustan al-Salatin(1815 M) yang mempunyai seni
khat yang terindah antara manuskrip Jawi. Hal ini telah menggambarkan warisan
pengajian dan persuratan Melayu tradisional yang wujud di kalangan golongan istana,
pembesar dan para bijak pandai Melayu sehingga dewasa itu.
Busan al-Katibin berkontemporar dengan Hikayat Abdullah yang mempunyai
gaya bahasa dan sistem ejaan yang mirid kepada sistem bahasa Melayu lama. Dalam
manuskrip tersebut, sistem vokal secara baris, iaitu tanpa penggunaan abjad vokal
pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup sebagai warisan daripada
sistem ejaan Jawi lama yang banyak digunakan dalam Bustan al-Katibin.Misalnya :
Ejaan Rumi Padanan Jawi
penghuluagama
karana
5/28/2018 nota full
9/88
9
Selain itu, Raja Ali Haji lebih gemar menggunakan abjad vokal. Hal tersebut
dilakukan untuk mengelakkan kesamaran dan percanggahan seperti yang
dianjurkannya dalam kaedah Jawinya sendiri. Beliau menamakan abjad alif, waudan ya
apabila digunakan untuk pemvokalan sebagai huruf-huruf alat. Contoh-contoh
penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir tertutup adalah seperti yang berikut :
Ejaan Rumi Padanan Jawi
orang
tidak
awan
Di samping itu, manuskrip ini juga terdapat ejaan yang
aneh/menyimpang/berduplikasi/anakronistik. Misalnya :
Ejaan Rumi Padanan Jawi
dua
bau
tuntut
Hasil karya Raja Ali Haji yang berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab
Pengetahuan Bahasa yang terkarang pada tahun 1275 H/ 1858 M di Riau. Namun
begitu, karya ini telah dicetak di Singapura pada tahun 1348 H/ 1929 M oleh al-
Ahmadiah Press. Walaupun percetakannya dibuat lebih kurang 70 tahun sesudah
penulisannya, namun telah dikekalkan bentuk asalnya seperti yang dinyatakan oleh
ketua syarikat percetakan tersebut. Kitab ini berjudul Kamus Loghat Melayu Johor,
Pahang, Riau, Lingga, namun begitu dari segi kandungannya seperti kata Zaba
(1940:143) lebih merupakan sebuah ensyclopedia of the authors general
knowledge, opinion and impressions, set fortg under the words he professes to define.
5/28/2018 nota full
10/88
10
Melalui penulisan kitab ini, abjad (ca) merupakan abjad keenam dalam Jawiadalah penamat pengisian dalam Kitab Pengetahuan Bahasaoleh Raja Ali Haji. Kitab
ini merangkumi 465 halaman dan dalam 32 halaman awalnya mengandungi keterangan
tentang tatabahasa Arab yang cuba diterapkan ke dalam bahasa Melayu. Pada
umumnya, sistem ejaan Jawi dalam kitab ini menyamai sistem ejaan yang ada dalam
manuskrip Bustan al-Katibin, kecuali ada beberapa gejala yang mungkin secara
sengaja atau disengajakan terpengaruh bersama waktu percetakannya. Antaranya
yang lebih ketara adalah seperti berikut :
Ejaan Rumi Padanan Jawi
kepada
buat
manusia
Penggunaan titik abjad (ga) yang lebih sempurna. Penggunaan titik (pa)iaitu tiga titik yang di dalam Bustan al-Katibin tidak dibezakan dengan titik (fa) iaitudengan satu titik. Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, banyak abjad (qaf) bersilih gantidengan abjad (hamzah) pada akhir kata. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan:
Ejaan Rumi Padanan Jawi
ayak
elok
anak
Zaba (1940:143) telah mengatakan bahawa sistem ejaan Jawi yang digunakan
oleh Raja Ali Haji merupakan a strange mixture of modern and his own apabila
beliau menggunakan tanda irab (baris Arab secara terbalik atau diubahsuaikan untuk
menandkan sebutan dalam bahasa Melayu). Dalam halaman 231-233 diperturunkan
tiga halaman salinan foto Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji berdasarkan
terbitan al-Ahmadiah Press, Singapura pada tahun 1348 H yang tersimpan dalam
bentuk mikrofilem di Perpustakaan Universiti Malaya.
5/28/2018 nota full
11/88
11
2.2 Sistem Tulisan Jawi Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBP
Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab
dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya
menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran.Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa
yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.
Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini
sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk
menguasai dan menggunakannya.
Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan
ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalambuku William Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J.
Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan
huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun
ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji
Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.
P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba
daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan
ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja
Johor (P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha
yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada
tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan
sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya
disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.
Sistem Ejaan P.Bm. P.B. Diraja Johor disusun dalam bentuk risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. Diraja Johor yang mengandungi 25 halaman
dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini
agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan.
5/28/2018 nota full
12/88
12
Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata
dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan
kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan
Melayu.
Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan
Sistem Ejaan P.Bm. P.B. Diraja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak
panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga
kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan
Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Penyempurnaan
sistem ejaan Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail Dahman, 1991):
Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali
gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam
penggunaan (sebelum tahun 1986).
Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang
terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan
Jawi Za'ba. Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)
supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana
penulisan Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan
budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam
merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.
Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang
dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi
yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar
Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera".
Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik
sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun
1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut
5/28/2018 nota full
13/88
13
dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan
Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi
Tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap
Sistem Ejaan Jawi Za'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu]
tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi
Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-
penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang
lain.)
Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam
Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa
dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini
dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam
Bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan,
pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa
perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand.
Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima
dengan baik oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan
dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada
tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan
(seterusnya disebut PEJYD).
Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan
dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat
sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu.
Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua
dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.
5/28/2018 nota full
14/88
14
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang
termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakanyang diterbitkan secara
rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi
ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan,
disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan
sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat
dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).
Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan
Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984.
Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat
yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan
Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan
pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa
Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-
1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini
merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan
dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan
maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya
daripada terbitan-terbitan yang berikut:
a. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
b. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri seperti sistem tulisan Bahasa
Arab. Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan
Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila
dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi
Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti
yang berikut :
5/28/2018 nota full
15/88
15
Huruf Jawi Nama Padanan Rumi
alif a ba b ta t ta marbutah t/h sa [tha] s, (th) jim j
ca c
a],ha [h ),h, (h kha [khO] kh dal d zal [dhal] z, (dh) ra [rO] r zai z sin s syin sy, (sh) Od],sad [s ),s, (s Od],dad [d ),d, (d O],ta [t ),t, (t O],za [z ),z, (z
5/28/2018 nota full
16/88
16
ain [ain] awal: a, i, uakhir: k, ()
ghain gh nga ng fa f pa P qaf k, q, (q) kaf k ga g lam l mim m nun n wau w, u, o va v ha h
hamzah awal: gugur
akhir: k, ()
ya y, i, e taling ye [ye] e pepet akhir ny nyJadu al 2.2 : Abjad Jawi, Bahasa Melayu
5/28/2018 nota full
17/88
17
Sistem tulisan Jawi yang digunakan sekarang ialah berdasarkan sistem yang
terdapat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang
diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986
(edisi kedua 1987; edisi ketiga 1993). Hal ini dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa
Melayu (2005) seperti berikut:
Rajah 2.2 (i): Daftar Kata Bahasa Melayu (2005)
Terdapat arahan khusus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mengehendaki PEJYD ini digunakan di seluruh negara seperti yang dinyatakan dalam
Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 di bawah:
...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi YangDisempurnakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah
rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan
peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis PeperiksaanMalaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara...
(Kementerian Pelajaran Malaysia)
...Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan atau dimantapkan
daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah
Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu
Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan
daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan
pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dandiperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar
Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut
disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994...
5/28/2018 nota full
18/88
18
Bagaimanapun PEJYD ini kemudiannya digantikan dengan Pedoman Umum
Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) yang disisipkan dalam buku Daftar Kata Bahasa
Melayu (2005). Ia merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun
berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP,
dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu,
khususnya daripada PEJYD (Edisi ketiga 1993) dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989).
Oleh sebab PUEJBM dianggap sebagai pedoman ejaan Jawi terkini, maka kajian ini
akan menjadikan buku ini sebagai panduan asas.
Oleh sebab PUEJBM adalah lanjutan daripada sistem ejaan Jawi Zaba, maka
prinsip ejaan Jawi Zaba perlu diberi perhatian dalam usaha memantapkan sistem ejaan
Jawi sekarang. Pada dasarnya, sistem ejaan Zaba ini berasaskan kepada tiga prinsip
seperti yang berikut :
Rajah 2.2 (ii) : Tiga prinsip Sistem Ejaab Zaba
Ekonomi
Ejaan ini
menggunakan
seminimum bilangan
huruf sepertiperkataan maka,
pada, daripada,
kepada dan
sebagainya.
Kepastian
Ejaan yang
menimbulkan
kesamaran sebutan,
hendaklah diubah suaiejaannya seperti
menambah huruf
saksi supaya lebih
jelas bunyinya serta
dapat mengurangkan
kesamarannya.
Ramai Pengguna
Jika satu perkataan itu
terdapat kelainan
ejaan dan ramai
penggunanya sertatidak menimbulkan
sebarang kesamaran,
kedua-dua ejaan
tersebut boleh diterima
pakai.
5/28/2018 nota full
19/88
19
Huruf hamzahyang berada di tengah perkataan ditulis di sebelah atas rumah
yang disediakan sebagai penyambung antara huruf-huruf yang ada sebelumnya
dengan yang selepasnya. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
masalah
malaikat
Huruf hamzah ditulis tanpa rumah di tengah garisan apabila diapit oleh dua
huruf vokal atau dua bunyi vokal. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
pais
aib
aur
paus
Huruf hamzahditulis tanpa rumah di tengah garisan apabila diapit oleh huruf alif
dengan huruf ya (diftong ai) atau huruf alif dengan wau(diftong au) atau huruf alif-wau
dengan huruf ya (diftong oi) yang mewujudkan diftong sebagai satu suku kata.
Misalnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi
aising
kuau
audit
automatik
aileron
5/28/2018 nota full
20/88
20
Kata atau istilah serapan daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf
hamzahditulis seperti kedudukannya dalam bahasa sumber. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
wuduk
imlak
ikhfak
anbia
makmum
Huruf hamzah digunakan sebagai pengganti huruf alif yang kedua apabila
terdapat urutan bunyi dua vokal [a] atau bunyi vokal [a] dengan vokal yang lain di
tengah kata. Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
setiausaha
iaitu
tatausaha
karaoke
2.2.1 Pelambangan vokal
Dalam sistem ejaan jawi sekarang, terdapat empat huruf vokal dan dua gabungan huruf
vokal (digraf) yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal
baku, iaitu [a], [e], [i], [o] dan [u]. Huruf-huruf tersebut adalah alif, ya, ye(yatanpa titik)
dan wau serta gabungan huruf alif-yadan alif-wau. Vokal [a] dilambangkan dengan dua
cara seperti yang berikut :
a) vokal [a] dilambangkan dengan huruf alif apabila membuka suku kata atau terletak
suku kata terbuka.
b) vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di suku kata tertutup.
5/28/2018 nota full
21/88
21
Di samping itu, vokal [i] pula dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
Vokal [] talingdilambangkan dengan dua cara yang berikut :
vokal [] talingdilambangkan dengan huruf alif-yaapabila hadir di awal kata.
vokal [] taling dilambangkan dengan huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka
atau suku kata tertutup.
Vokal [e] pepet dilambangkan dengan tiga cara yang berikut :
a) vokal [i] dilambangkan dengan huruf alif-yaapabila hadir di awal kata. Contohnya:
ikan -
isi -
isteri -
b) vokal [i] dilambangkan dengan huruf yaapabila hadir di suku kata terbuka atau
suku kata tertutup. Contohnya:
sisi -
titi -
mimpi -
i) vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf alifapabila hadir di awal kata.
ii) vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf apabila hadir di suku
kata terbuka sebelum akhir atau suku kata tertutup.
iii) vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf ye (huruf yatanpa titik) apabila
hadir di suku kata akhir terbuka.
5/28/2018 nota full
22/88
22
Vokal [o] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
a) vokal [o] dilambangkan dengan huruf alif-wauapabila hadir di awal kata. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
orang
ombak
b) vokal [o] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau
suku kata tertutup. Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
kota
pidato
Vokal [u] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
a) vokal [u] dilambangkan dengan huruf alif-wauapabila hadir di awal kata. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
ubat
unta
b) vokal [u] dilambangkan dengan huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau
suku kata tertutup. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
suku
kuntum
suluh
buntu
terumbu
5/28/2018 nota full
23/88
23
2.2.2 Pelambangan diftong
Diftong [ai] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
i) Huruf alif-hamzah-yadigunakan apabila diftong [ai] berada di awal kata atau berdiri
sebagai satu suku kata. Contoh :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
aising
aileron
kiai
ii) Huruf alif-yadigunakan apabila diftong [ai] berada di tengah kata atau di akhir kata.
Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
baiduri
kailan
serai
Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
i) Huruf alif-hamzah-waudigunakan apabila diftong [au] berada di awal kata atau berdiri
sebagai satu suku kata. Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
audio
automatik
audit
5/28/2018 nota full
24/88
24
ii) Huruf alif-waudigunakan apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di akhir kata.
Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
saudara
baucar
tauge
Diftong [oi] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :
i) Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di awal kata.
Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
oidium
ii) Huruf wau-yadigunakan apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di akhir kata.
Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumiboikot
sekoi
kaloi
5/28/2018 nota full
25/88
25
2.2.3 Pelambangan Konsonan
Sejumlah 34 huruf (daripada 36 huruf - tidak termasuk alif dan ye serta wau dan ya
yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa Melayu
adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang satu lawan satu
antara huruf dengan fonem konsonan. Huruf (va) digunakan sebagai lambang fonematau bunyi [v] yang terdapat dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-
bahasa Eropah yang lain. Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
variasi
video
universiti
Huruf ((qaf digunakan sebagai lambang bagi semua bunyi hentian glotis [] diakhir kata jati bahasa Melayu. Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
budak
naik
pokok
Hufur ta-marbutah iaitu (huruf ta simpul) dalam kata serapan daripadabahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan
sekiranya kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna. Contoh :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
akibah/akibat
hidayah/hidayat
musibah/musibat
5/28/2018 nota full
26/88
26
2.2.4 Pengejaan Kata Dasar Ekasuku
Huruf vokal alif, wau atau ya digunakan apabila mengeja kata dasar ekasuku yang
berpola KV atau VK. Contohnya :
Jawi Rumi Jawi Rumi Jawi Rumi
ba ta wa
li mi si
cu gu ru
Huruf vokal alif tidak digunakan sebagai lambang bagi bunyi [a] apabila mengeja
kata dasar ekasuku yang berpola KVK. Contoh :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
gah
jam
yang
Namun begitu, terdapat kekecualian bagi beberapa perkataan yang merupakan
kata pinjaman daripada bahasa Arab yang sedia mengandungi huruf alif. Contoh :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
am
bab
khas
hal
5/28/2018 nota full
27/88
27
Huruf vokal ya atau wau digunakan apabila mengeja kata dasar ekasuku yang
berpola KVK. Namun begitu, terdapat kekecualian bagi kata (bin). Contohperkataan-perkataan ekasuku berpola KVK adalah:
Vokal Ejaan Jawi Padanan Rumi
[] sen
[i] tin
[o] bom
[u] nun
2.2.5 Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal
dalam bahasa Arab. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
wuduk
wuquf
tayamum
sujud
zakat
hadis (hadith)
Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu
dieja dalam ejaan Jawi mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu. Contoh:
Ejaan Jawi Padanan Rumi
sabun
ahli
izin
kertas
5/28/2018 nota full
28/88
28
Bunyi vokal [a], [i], atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis dengan
huruf alif, ya atau wa pada kata serapan yang digunakan dengan pengertian umum.
Misalnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
arif
al-Arif
hakim
al-Hakim
2.2.6 Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris
Kata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja
menurut aturan pengejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Huruf gugusan konsonan
ditulis dalam ejaan Jawi dengan cara merangkaikan atau mendekatkan huruf-huruf
yang berkenaan tanpa sisipan apa-apa huruf vokal. Contoh-contohnya adalah seperti
yang berikut :
i) Penulisan gugus konsonan di awal kata di awal suku kata :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
klinik
psikologi
skrip
struktur
5/28/2018 nota full
29/88
29
ii) Dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata tidak dirangkaikan
atau tidak ditulis bersambung. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
golf
teks
bank
sains
iii) Apabila gugus konsonan di akhir kata ditambahi huruf vokal, maka gabungan huruf
konsonan akhir dengan huruf vokal itu membentuk satu suku kata terbuka. Misalnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi
fakta (fact)
paradigma (paradigm)
nasionalisme (nationalism)
protoplasma (protoplasm)
Semua huruf g dalam ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditetapkan supaya dilafazkan [g] dalam bahasa
Melayu dieja dengan huruf gadalam ejaan Jawi. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
agenda
gimnasium
teknologi
tragedi
5/28/2018 nota full
30/88
30
Huruf konsonan kdi suku kata akhir ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa
Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja dengan huruf kaf dalam ejaan
Jawi. Antara contoh-contohnya adalah seperti yang berikut :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
trak
politik
subjek
blok
Huruf vokal u dalam ejaan Rumi kata serapan daripada bahasa Inggeris atau
bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja dengan huruf alif-wau di awal kata, dan dieja
dengan huruf waudi tengah kata atau di akhir kata. Contohnya :
Ejaan Jawi Padanan Rumi
subsidi
republik
industri
kurikulum
Ketiga-tiga kelompok ini mempunyai sistem ejaan yang tersendiri. Perbezaan
yang agak ketara ialah pada pengejaan kata serapan Arab yang secara umumnya
masih mengekalkan sistem ejaan daripada bahasa sumber. Bagaimanapun
permasalahan homograf yang akan dibincangkan dalam makalah ini lebih tertumpu
kepada ejaan kata Melayu jati.
5/28/2018 nota full
31/88
31
2.3 Perbezaan sistem tulisan jawi Kitab Pengetahuan Bahasa Oleh Raja Ali Haji
dan Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil Kitab Pengetahuan
Bahasa Oleh Raja Ali
Haji
Perkara Pedoman Ejaan Jawi yang
disempurnakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka
1. Menggunakan huruf [ [dalam perkataan.
Contoh perkataan:
Penggunaan
huruf [ ] dan[ [
Menggunakan huruf [ ] dalamperkataan bagi menggantikan
huruf [ .[
Contoh perkataan:
2. Menggunakan penulisan
huruf [ ] yangmempunyai [ ] terhadap
perkataan.
Contoh perkataan :
Kewujudan dan
pengguguran
huruf [ ] pada
huruf [ [
Menggugurkan huruf [ ] pada
huruf [ ] dan telah bertukarmenjadi huruf [ [
Contoh perkataan :
3. Penambahan huruf [ [pada perkataan yang
berakhir dengan suku kata
terbuka.
Contoh perkataan :
Penambahan
huruf [ ] padaperkataan yang
berakhir dengan
huruf vokal [ a ]
ataupun pada
suku kata
terbuka.
Menggugurkan huruf [ ] padaperkataan yang berakhir
dengan huruf vokal [ a ]
ataupun suku kata terbuka.
Contoh perkataan :
4. Menggunakan baris pada
setiap perkataan atau ayat
Pengguguran
baris ada
Menggugurkan penggunaan
baris pada setiap perkataan
5/28/2018 nota full
32/88
32
jawi yang dibaca.
Contohnya :
perkataan. atau ayat jawi yang dibaca.
Contohnya :
5. Terdapat huruf [ ] di atas
huruf [ ] pada akhirperkataan tiga suku kata.
Contoh perkataan :
Pengguguran
[ ] pada huruf [ ]
Tiada penggunaan huruf [ ] di
atas huruf [ [
Contoh perkataan:
6. setiap hujung perkataan
yang diakhiri dengan
fonem t, akan ditulis
dengan menggunakan
huruf ta-marbutahpada setiap perkataan
tersebut.
Contoh perkataan:
Pertukaran
[ ] kepada [ ]untuk perkataan
Bahasa Melayu
penggunaan huruf ta-
marbutah, hanyadigunakan dalam kata serapan
daripada bahasa Arab yang
melambangkan fonem t
atau h pada hujung
perkataan. Manakala semua
perkataan bahasa Melayu
akan menggunakan huruf yang melambangkan fonem
t pada hujung perkataan
Contoh perkataan:
7. Menggunakan tanda baris
sahaja pada perkataan
diftong.
Penggunaan
diftong
Menggunakan huruf [ ] untukmenggantikan tanda baris
pada perkataan diftong.
5/28/2018 nota full
33/88
33
Contoh perkataan:
Contohnya perkataan:
8. Menggunakan huruf [ ]
pada perkataan yang
berakhir dengan huruf [ k
]ataupun hentian glotis.
Contoh perkataan:
Penggunaan
hentian glotis
[ ]menggantikan [ ]
Menggunakan huruf [ ] untukmenggantikan huruf [ ] pada
hentian glotis.
Contoh perkataan:
9. Menggunakan huruf [ [pada perkataan yang
mempunyai suku kata
tertutup.
Contoh perkataan:
Penggunaan [ ]pada suku kata
tertutup
Menggugurkan huruf [ ] padaperkataan yang mempunyai
suku kata tertutup.
Contoh perkataan:
10. Tidak menggunakan huruf
[ ] bagi transliterasi hurufrumi [ g ], sebaliknya
beliau menggunakan huruf
[ . [
Contoh perkataan:
Penggunaan
huruf [ [Dalam ejaan jawi masa kini,
penggunaan huruf [ ] bagitransliterasi huruf rumi ] g ]
telah diwujudkan.
Contoh perkataan :
5/28/2018 nota full
34/88
34
3.0 PEMILIHAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM KAMUS
3.1 Konsep Etimologi
Etimologi secara umumnya bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan
tersebut. Bagi kebanyakan kamus ekabahasa pemasukan unsur etimologi kadang kala
bukanlah satu kemestian. Hal ini berlaku demikian kerana untuk menelusuri unsur
serapan bahasa asing atau bahasa serumpun dalam bahasa asli, menuntut suatu
penyelidikan yang rapi dan wawasan ilmu yang gigih.
Berdasarkan bahan rujukan Mukadimah Ilmu Etimologi, kata etimologi sendiri
berasal daripada bahasa Yunani ertinya ilmu yang mencari kebenaran. Pada zaman
Yunani Kuno, dipercayai bahawa makna yang paling tua adalah makna yang benar,
seakan-akan erti yang diberi pada sesuatu kata yang meleset daripada erti yang tepat.
Anggapan kuno ini tidak diterima lagi kerana konsep falsafah yang digunakan sudah
lenyap. Sejak tahun 1833, etimologi bermaksud sejarah sesuatu kata.
Takrif etimologi menurut Bynon (1977) merupakan yang paling lengkap. Menurut
beliau, etimologi ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata.
Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang peredaran zaman sehingga
mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupirumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu.
Bagaimanapun unsur etimologi sebagai suatu unsur medan maklumat
perkamusan mempunyai kedudukan yang penting dalam sesebuah kamus. Para
penyusun kamus di rantau ini mengambil pendirian untuk memasukkan semaksimum
mungkin unsur etimologi untuk kata-kata yang dapat menelusuri perkembangannya.
Untuk berbuat demikian bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat tiga hambatan besar
dalam soal ini. Pertama, terlalu banyak mengalami perubahan struktur sehinggasukar mencari identitinya. Kedua, kekerapan penggunaannya sangat besar sehingga
tidak dirasakan lagi unsur serapan. Ketiga, bentuk kata atau unsur serapan wujud
dalam dua bahasa yang berbeza (Tutshi Eddy 1986).
5/28/2018 nota full
35/88
35
Jika diperhatikan dalam kamus dewan, keterangan etimologi tidak diberi
penerangan selengkapnya, tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber
sesuatu perkataan yang sudah meresap masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa
Melayu. Hal ini sama seperti daripada bahasa serumpun atau daripada bahasa asing.
Manakala kamus umum bahasa Indonesia unsur etimologi merujuk ragam bahasa yang
digunakan oleh warga Indonesia sepenuhnya, sama ada daripada bahasa serumpun
atau daripada bahasa asing.
Dalam tulisan ini tidak lengkap sekiranya tidak menelusuri proses penyerapan
bahasa asing dalam bahasa Melayu. Para penyusun kamus ini mengambil pendekatan
ini untuk membantu mengenal pasti asal usul kata yang bercambah sejak evolusi
bahasa Melayu yang kaya dengan bahasa dan budaya sejak zaman berzaman.
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa etimologi merangkumi tiga persoalan utama
seperti yang dijelaskan di dalam rajah di bawah:
Persoalan Etimologi
Etimologi melibatkan
masalah bentuk danmakna.
Etimologi tidak mungkin
menghasilkan cumasebuah senarai kata.
Etimologi tidak mungkin
menghasilkan cumasebuah senarai kata.
Terdapat dua syarat yang
menentukan etimologi
yakni sejarah sesuatu
kata:
1. Syarat formal atau
syarat bentuk
(kesepaduan bunyikata itu mestilah
teratur).
2. Syarat semantik atau
syarat maknawi
(perkembangan
makna kata itu mesti
munasabah .
Segala senarai kata dan
kata daftar kata asing
masih belum mencukupi
yakni belum menangani
tugas etimologi.
Perubahan bahasa
merupakan sejenis proses
yang hidup yang berakar
pada masyarakat yang
berubah-rubah (faktor
yang mempengaruhi
perubahan bunyi kata).
Etimologi tidak terbatas
pada kajian kata pinjaman
sahaja. Kajian kata
pinjaman itu termasuk
dalam etimologi tetapi
etimologi lebih besar
daripada itu. Secara
umumnya, etimologi yang
tulen memberi tekanan
yang sama berat dua
unsur iaitu kata asli dan
kata asing.
5/28/2018 nota full
36/88
36
3.1.1 Prinsip Etimologi
Terdapat tiga prinsip iaitu keseimbangan bentuk dan makna, terjalinnya sejarah bahasa
dan sejarah sosial serta bidang cakupan etimologi yang merangkumi kata warisan dan
kata pinjaman.
Prinsip Etimologi
1
Prinsip Kata Kembar
Etimologi.
a) Ditakrifkan sebagai
pasangan kata
dalam satu bahasa
yang berasal
daripada sumber
yang sama.
b) Bahasa sumber
merupakan bahasa
yang digolongkan
dalam rumpun atau
keluarga bahasa
lain.
c) Terdapat kata
pinjaman antara
dialek yang
menghasilkan kata
kembar etimologi.
Contoh:
kerja : karya
kerja kegiatanmelakukan sesuatu.
Karyabuatan atauciptaan seni.
2
Prinsip Etimologi Rakyat
a) Suatu usaha memberi
peringatan baru pada
sesuatu kata dengan
merujuk kepada kata
atau morfem yang sudah
lazim.
b) Kadangkala seseorang
individu menciptakan
etimologi untuk sesuatu
kata dengan mereka-reka sejarah atau
mempercayai persamaan
palsu.
Contoh:
Kinabalu
(Ada yang
berpendapat kata itu
berasal frasa baluCina keranakononnya dahulu ada
orang Cina yang
meninggal di sana).
3
Prinsip Hiperkoreksi
a) Kecenderungan
membetulkan at
meningkatkan sesua
kata sehinggak
pembetulan merupakan kesalaha
b) Sasaran pembetu
dilampaui iaitu p
pembetulan ditetapk
dalam lingkungan yasalah.
Contoh:
petai : petal
(kata asalnya ia
petai, nam
setelah vokal
ditukarkan kepa
/l/ maka bu
bertukar menj
petal.
Berkemungkinan
kata petal diseb
oleh individu ya
berasal dari Keda
5/28/2018 nota full
37/88
37
3.2 Cara Pemilihan Istilah Bahasa Melayu Dalam Kamus Berdasarkan
Pendekatan Etimologi.
Berdasarkan bahan rujukan yang bertajuk Mukadimah Ilmu Etimologi, menjelaskan
bahawa sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan beberapa prasyarat harus
dipatuhi. Data yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu terbitan
atau naskhah yang memuatkan kata-kata yang hendak diteliti serta tulisan lain yang
menampilkan teori tentang kesepaduan bunyi atau kajian etimologi tertentu.
Berdasarkan penelitian etimologi tentang kata-kata Melayu, rujukan tertumpu
pada terbitan dalam bahasa Melayu terutamanya tulisan purba. Telah diperkarakan
bahawa lebih kurang 600 buah karya Melayu klasik baik dalam bentuk terbitan
mahupun naskhah yang belum diterbitkan lagi. Selain itu, banyak tulisan dalam bahasa
Melayu moden mesti dirujuk juga. Data yang sudah diterbitkan hendaklah dikumpul.
Data yang belum terbit seharusnya diterbitkan secara bertahap atau berperingkat.
Namun begitu, kekurangan yang sangat terasa dalam usaha etimologi adalah
kekurangan data dialek. Pentingnya data dialek dalam menentukan etimologi sudah
lama diketahui bagi menambah pengetahuan berbahasa. Jika dibandingkan dengan
negara luar, kamus etimologi Inggeris telah mengumpul etimologi dialek berbanding di
negara Malaysia. Tambahan lagi, belum ada usaha yang maksimum dijalankan bagi
mengumpul dan menerbitkan naskhah-naskhah dialek. Oleh pihak-pihak berwajib
hendaklah mengambil tindakan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi
menerbitkan etimologi dialek. Hal ini kerana Projek Kosa Kata yang dilaksanakan oleh
DBP tidak berlandaskan kajian dialek dan boleh dianggap tidak munasabah.
Selain itu, usaha etimologi lain merupakan data rujukan yang penting. Kamus-
kamus lama serta catatan etimologi dahulu mestilah dihimpunkan bagi penelitian yang
lebih lanjut. Walau bagaimanapun, di Malaysia masih tiada mana-mana perpustakaan
yang menyimpan atau mempunyai koleksi kamus Melayu yang lengkap. Sekiranya data
dan sumber rujukan sudah lengkap maka kaedah etimologi boleh diterapkan. Kaedah
ini tidak lain daripada kaedah linguistik sejarah. Hal ini kerana ilmu linguistik komparatif
5/28/2018 nota full
38/88
38
memerlukan pemisahan kata pinjaman daripada kata asli dengan sendirinya etimologi
merupakan sebahagian linguistik sejarah.
Oleh itu dapatlah disimpulkan, cara pemilihan istilah bahasa Melayu dalam
kamus berdasarkan etimologi boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Pertama,
terbitan bahasa Melayu melalui tulisan purba dan yang kedua adalah data dialek.
3.2.1 Pedoman Kaedah Linguistik Sejarah
Umumnya, peranan metodologi linguistik sejarah merupakan asas kepada segala
usaha etimologi. Terdapat enam pedoman yang dilihat mampu memberikan penjelasan
atau melengkapi kaedah linguistik sejarah. Keenam-enam pedoman ini melibatkan
aspek-aspek praktis dan teoretis.
Pedoman Kaedah Linguistik Sejarah
Sebelum meneliti
sesuatu etimologi,
pastikan ketika
atau masa kata
itu muncul untuk
pertama kalinya.
Sejarah dan geografi
harus
dipertimbangkan
(kata-kata hanya
dapat dipinjam
melalui
pertembungan
sosial).
Kesepaduan
bunyi yang telah
diketahui harus
melandaskanusaha etimologi.
Tekanan harus
diberi pada kata
lisan (sebutandapat menjelaskan
percanggahan teks
dan menyoroti
etimologi yang
betul .
Dialek-dialek
daerah merupaka
sumber penting
dalam etimologi
(kata-kata purba
dikekalkan dalam
sesuatu dialek).
Setiap unsur kata
harus diterangkan
(penjelasan
sebahagian kata
sahaja tidak
meyakinkan).
1
2
4
3
5
6
5/28/2018 nota full
39/88
39
Pedoman 1: Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu
muncul untuk pertama kalinya.
Terdapat beberapa contoh yang boleh dikemukakan antaranya ialah kata beta
iaitu kata ganti diri pertama agak sukar untuk dijelaskan. Asal bentuknya juga tidak
dapat diterangkan atau belum ditentukan. Berkemungkinan kata ini berasal daripada
gabungan ba+ita iaitu kata pinjaman daripada bahasa Hindi. Pada hari ini, kata ini
hanya boleh diutarakan kepada golongan tertentu sahaja iaitu golongan diraja yang
menggambarkan titah raja. Namun begitu, menurut naskhah-naskhah Melayu lama
perkataan beta tidak terbatas pada raja tetapi dipakai oleh pedagang biasa. Oleh itu,
dapatlah disimpulkan pada masa dahulu perkataan betabererti saya (tidak formal).
Contoh lain yang dilihat mampu menjelaskan tentang kenyataan bagi pedoman 1
ini adalah perkataan betek papaya. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada
bahasa Arab iaitu bittikh. Manakala perkataan papaya pula dibawa masuk ke Tanah
Melayu pada abad ke-16 yang berasal daripada Amerika Tengah. Namun begitu, dalam
bahasa Arab bittikh pula merujuk kepada sejenis tembikai. Sekali lagi, naskhah-
naskhah Melayu diperlukan bagi mengesan masa atau waktu perkataan itu muncul.
Kira-kira daftar kata yang disusun di Melaka antara tahun 1403 dengan 1511
merupakan sumber data yang paling tua untuk kata betek ini. Antara perkataan betekkemudian berubah daripada tembikai kepada papaya. Penggeseran semantik telah
berlaku namun merujuk kepada buah yang asing dan memperlihatkan bentuk yang
lebih kurang sama iaitu bulat dan besar.
Pedoman 2: Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan (kata-kata hanya dapat
dipinjam melalui pertembungan sosial).
Umumnya, bahasa Tagalog mengandungi banyak kata Arab. Tetapi secara
dasarnya orang yang berbahasa Tagalog sekarang tidak beragama Islam manakala
Pulau Luzon terletak jauh daripada Jazirah Arab. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa andaian bahawa pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua bahasa
tersebut iaitu Tagalog dan Arab. Sejarah telah membuktikan bahawa ketika orang
Sepanyol sampai ke Kepulauan Filipina, seterusnya Manila dan pesisir Pulau Luzon
5/28/2018 nota full
40/88
40
menjadi daerah Islam di bawah naungan Brunei. Maka dapatlah dijelaskan bahawa
pertemuan Arab-Tagalog terjadi dengan pengantaraan bahasa Melayu. Hal ini dapat
dijelaskan berdasarkan fakta sejarah dan budaya yang menyokong bentuk fonetik kata-
kata pinjaman itu.
Terdapat juga beberapa cetakan awal dalam bahasa Melayu yang menunjukkan
hubungan antara sejarah kata dan sejarah bahasa. Buktinya ialah banyak cetakan
Melayu digunakan sebagai teks dan kitab agama Kristian kerana orang Belanda cepat
menerapkan teknologi pencetakan kepada usaha penyebaran agama Kristian Protestan
yang diperkenalkan di Nusantara pada abad ke-16. Contoh kitab yang terawal adalah
buku terjemahan Genesisiaitu taurat Kristian.
Pedoman 3: Kesepaduan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan usaha
etimologi.
Berdasarkan beberapa rujukan didapati terdapat beberapa huruf yang boleh
digabungkan atau disatukan bagi membentuk perkataan baharu. Contohnya dalam
bahasa Melayu berdasarkan huruf /b/ dan /w/ antara dua vokal /a/ bersatu menjadi /w/
seperti [karban] menjadi [kawan]. Apabila timbul suatu pasangan yang bertentangan
dengan aturan ini maka faktor yang menyebabkan penyimpangan itu harus
dikemukakan. Kekecualian ini mungkin disebabkan kata pinjaman atau faktor lain.
Kata Kembar Etimologi mempunyai perkaitan dengan ilmu linguistik Austronesia
komperatif dirujuk bagi memperjelaskan hubungan antara dua patah kata Melayu.
Contohnya datukdan ratu. Segala kemusykilan boleh diatasi dalam kosa kata Melayu
dapat diterangkan melalui penerangan prinsip kesepaduan bunyi. Berdasarkan bunyi
Melayu asli /d/ sepadan dengan bunyi Jawa asli /r/ dan kedua-duanya diturunkan
daripada bunyi dalam bahasa rumpun yang sama iaitu bahasa Austronesia Purba
(BAP). Dengan landasan kesepaduan yang teratur ini, kata Melayu yang diwarisi dapat
dibezakan secara jelas daripada kata Melayu yang diserapkan dalam bahasa Jawa.
5/28/2018 nota full
41/88
41
BAP Melayu Jawa Contoh Kata
Kembar Melayu
*d D r datuk/ratu
*j D r belida/belira
*R R urat/otot
*Z J d jarum/pedoman
Rajah 3.2.1:Kesepaduan empat konsonan BAP dalam bahasa Melayu dan Jawa.
Pedoman 4: Tekanan harus diberi pada kata lisan (sebutan dapat menjelaskan
percanggahan teks dan menyoroti etimologi yang betul).
Menurut Beg iaitu salah seorang pengkaji bahasa berpendapat bahawa
perkataan kecil berasal daripada kata Parsi kucek. Sememangnya tidak ragam Melayu
yang menyebut /l/ pada akhir kata kecil. Bahasa Melayu baku telah dipengaruhi dengan
ejaan memang menyebut /l/, tetapi bahasa lisan menggunakan // atau /t/ pada posisi
tersebut. Maka kata lisan ini dilihat berpihak kepada pandangan Beg. Banyak dialek
Melayu lain yang tidak memperlihatkan kata seperti [kcil] misalnya dialek Brunei
didapati perkataan damitbermaksud kecil.
Pedoman 5: Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi (kata-
kata purba dikekalkan dalam sesuatu dialek).
Umumnya, peranan dialek sebagai khazanah kosa kata Melayu. Meskipun
bahasa Melayu di Malaysia tidak mengekalkan kata purba [buSk] yakni rambut,
sekurang-kurangnya dua dialek Melayu memperlihatkan bentuk turutannya. Oleh itu,
tanpa maklumat daripada sumber dialek Melayu, berbagai-bagai tafsiran yang salah
akan disuarakan.
Tambahan lagi, dalam dialek Melayu Brunei terdapat bentuk seperti adinta iaitu
adik kitadan dalam dialek Melayu Bacan rumanta bermaksud rumah kita. Perkataan [-
ta] dalam dua dialek Melayu ini tetap berfungsi sebagai tanda kata ganti nama diri
pertama (tanda milik diri pertama) jamak iaitu tambahan huruf [-n-] sesudah vokal. Oleh
yang demikian, maklumat dialek Melayu menunjukkan rekonstruksi yang tepat untuk
morfologi bentuk milik Melayu.
5/28/2018 nota full
42/88
42
Pedoman 6: Setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian kata sahaja
tidak meyakinkan).
Sepintas lalu, pada tahun 1996 telah berlaku salah faham di antara birokrasi
bahasa dan ahli linguistik dengan pihak kerajaan atau kabinet, disebabkan penggunaan
kata kecapaian dalam tema Hari Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana perkataan
tersebut merupakan perkataan yang diambil dalam bahasa Indonesia yang membawa
maksud kelelahan atau keletihan. Fenomena ini boleh dikaji dari pelbagai aspek
antaranya ialah morfologi, sosiolinguistik, perancangan bahasa dan politik bahasa.
Punca masalah ini boleh terjadi berpunca daripada tafsiran etimologi yang tidak tepat
iaitu tafsiran yang tidak mengendahkan setiap unsur kata.
3.2.2 Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu
Rajah 3.2.2:Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu
Etimologi bukan suatu usaha yang semata-mata mengumpulkan
bahan lama (koleksi antik atau pameran muzium).
Etimologi bertujuan menyoroti sejarah kata tetapi hasil
penyorotan dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.
Hasil kajian asal usul kata dapat disalurkan kepada
perancangan bahasa.
Etimologi memberi sumbangan terhadap tiga bidang
perancangan bahasa iaitu perkamusan, penciptaan istilah dan
penyelarasan ejaan.
5/28/2018 nota full
43/88
43
3.2.3 Pemilihan dan Penciptaan Istilah
Umumnya, hal peristilahan ini sangat berkaitan dengan perkamusan. Secara
ringkasnya, kamus etimologi bertugas sebagai landasan atau titik tolak untuk kamus
umum. Justeru itu, dikatakan bahawa salah satu syarat mutlak untuk pembakuan
bahasa adalah kamus etimologi iaitu kamus yang menjelaskan sejarah setiap kata
dalam bahasa itu. Oleh itu, dengan kewujudan kamus etimologi ini penentuan dan
pemilihan istilah menjadi tugas yang lebih mudah. Umpamanya, akhir-akhir ini kita
menyaksikan beberapa istilah fizik, biologi dan matematik yang diubah. Sesungguhnya,
banyak istilah yang ditetapkan dahulu tidak sesuai kerana istilah itu membawa erti yang
salah atau kabur.
Definisi istilah
Istilah adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan konsep,
proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang tertentu dan memberikan suatu
pengertian.
Tata istilah dan tata nama
Tata istilah ialah perangkat peraturan pembentukan istilah dan kumpulan istilah yang
dihasilkannya. Tata nama istilah ialah perangkat peraturan penamaan beberapa cabangilmu seperti kimia, dan biologi serta kumpulan nama yang dihasilkannya.
Istilah umum dan istilah khusus
Istilah umum adalah istilah yang berasal dari bidang tertentu yang karena dipakai
secara luas menjadi unsur kosa kata umum. Istilah khusus adalah istilah yang
maknanya terbatas pada bidang tertentu saja.
5/28/2018 nota full
44/88
44
Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu:
Rajah 3.2.3:Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Dengan mengecualikan kata-kata yang sudah diserap tanpa petunjuk untuk
menentukan kata yang diserap itu maka masalah sistem ejaan sudah timbul.
Kekacauan ini mulai kelihatan dalam Daftar Ejaan Rumi (Dewan Bahasa dan Pustaka
1981). Namun begitu, daftar tersebut telah menghasilkan banyak kata kembar etimologi
baru. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
Rajah 3.2.3 (a):Kata Kembar Etimologi Baru
Kata dalambahasa Melayu
yang lazim
digunakan.
Kata dalam bahasaMelayu yang sudah
tidak lazim
digunakan.Kata dalam bahasa
serumpun yang
lazim digunakan.
Kata dalam bahasa
serumpun yang
sudah tidak lazimdigunakan.
Kata dalam
bahasa Inggeris.
Pilihan sumber yang
terbaik iaitu antara
pilihan (1-5).
logik
munasabah
ilmu manik
ejenwakil
Pelaku agen
5/28/2018 nota full
45/88
45
Terdapat juga beberapa petunjuk baru berdasarkan bahan rujukan Dewan
Bahasa dan Pustaka 1981. Huruf /q/ digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi
qaf untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal
daripada bahasa Arab. Contoh-contoh kata kembar etimologi:
Rajah 3.2.3 (b):Kata Kembar Etimologi Padanan Huruf Jawi qaf
Sejak dahulu bahasa Melayu telah membezakan istilah agama daripada istilah
umum yang kebetulan berasal daripada kata Arab yang sama. Pasangan seperti yang
berikut menunjukkan kecenderungan tersebut:
petua nasihat, petunjuk
fatwa keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama
atau mufti
perlu harus, mesti
fardu kewajipan yang ditentukan agama
Rajah 3.2.3 (c): Kecenderungan Membezakan Istilah Agama dengan Istilah Umum
Daripada Kata Arab yang Sama
qadar keputusan
Tuhankadar daya,
keupayaan
qisas
pembalasan
kisas
kiblat
arah ke
Kaabah
arah, mata
angin
5/28/2018 nota full
46/88
46
Setelah merujuk kepada dialek-dialek Melayu, terdapat banyak lagi kata kembar
etimologi yang berlainan sebutan menurut klasifikasi sebagai istilah agama atau istilah
umum. Berikut merupakan contoh kata kembar etimologi menurut sumber bahasa Arab:
dajal nakal, jahat
al-Dajjal syaitan yang turun ke dunia pada hampir hari kiamat
dikir nyanyian dengan berpantun ramai-ramai
zikir mengingati Allah dan menyebut kalimat tertentu
Rajah 3.2.3 (d):Kata Kembar Etimologi Yang Berlainan Sebutan Menurut Klasifikasi
Sebagai Istilah Agama atau Istilah Umum
Pasangan kata Melayu lain juga ada memperlihatkan perbezaan antara makna
agama dan makna sekular. Contohnya, perkataan syok yang digunakan dalam satu
program hiburan iaitu M-TV Asia sudah lama menggunakan perkataan tersebut sebagai
tajuk utama. Program ini juga turut menyiarkan video lagu pop Malaysia. Maka jelaslah
bahawa rancangan ini telah memanfaatkan kata Melayu yang membawa maksud
sangat tertarik hati. Namun begitu, perkataan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan
Indonesia tiada tersenarainya perkataan tersebut. Di Indonesia perkataan ini digunakan
sebagai bahasa percakapan sahaja.
3.2.3.1 Perkembangan Peristilahan Bahasa Melayu
Istilah Melayu juga diwariskan daripada Bahasa Austronesia Purba seperti bini, inang,
(b)apadan (per)empu(an) sudah kekal selama 6000 tahun. Contoh lain seperti akudan
kau, kami dan kita boleh dicatat juga dalam senarai kata yang sudah ribuan tahun
berlanjutan dalam keluarga Austronesia hingga kosa kata Melayu sekarang terbina.
Selain itu, setiap istilah dalam Daftar 20 terdapat juga kata pinjaman daripada
bahasa Inggeris walhal istilah dan tatanama kata telah dilihat utuh yang saling terikat
yang kini berfungsi dalam bahasa Melayu bukan dengan bahasa Inggeris. Dapat
diperhatikan bahawa kerangka tutur yang mendukung peristilahan itu sudah berubah
dan ketika ini bahasa Melayu menduduki posisi unggul dalam bidang perkamusan dan
5/28/2018 nota full
47/88
47
yang paling berwibawa dalam hampir setiap bidang di Malaysia. Maka dapatlah
dijelaskan bahawa kerangka sesuatu kata adalah berasal daripada asal usul berbeza
yang tetap namun istilah dan tatanamanya boleh berubah serta berkembang.
Berikut merupakan beberapa istilah pra-DBP yang dilihat berubah setelah
beberapa tahun.
Tahun 1948 Tahun1998
Chawangan Pelajaran Bahagian Pendidikan
Chawangan Pejabat Juru Kira Bahagian Perakaunan
Chawangan Iktisad Bahagian Ekonomi
Chawangan Siasah Bahagian Politik
Rajah 3.2.3 (a): Istilah Pra-DBP yang Dilihat Berubah Setelah Beberapa Tahun
Senarai di bawah merupakan beberapa istilah sains yang mengalami
perkembangan di Malaysia.
Kata Asal Pilihan 60-an Pilihan 80-an
biology KAJIHAYAT biologi
archaeology KAJIPURBA arkeologi
cytology KAJISEL sitologi
ornithology KAJIBURUNG ornitologi
Rajah 3.2.3 (b):Istilah Sains yang Mengalami Perkembangan Di Malaysia
Kesimpulannya, bidang perkamusan dan peristilahan tidak dapat dipisahkan. Hal
ini kerana apabila sesuatu istilah telah diterima pakai dalam sistem penulisan dan
pertuturan rasmi maka perlulah dikumpulkan dan dimuatkan dalam satu buku yang
boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah.
5/28/2018 nota full
48/88
48
4.0 KAEDAH PROSES TERJEMAHAN
Menurut Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Pedagogi Bahasa Perkaedahan kaedah
ini selalu dinamakan kaedah klasik. Ini mungkin kaedah yang digunakan sebelum
kaedah-kaedah lain. Oleh sebab dahulunya para sarjana dikelilingi oleh bahan-bahan
sastera bertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting
maka itulah yang menjadi objektif dalam kaedah tersebut.
Kaedah ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis dan bukan
kemahiran bertutur. Oleh itu ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah ini menekankan
kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut. Kaedah ini menentukan
perbendaharaan kata diberi di pangkal pelajaran. Terjemahan adalah difikirkan sebagai
satu cara yang penting dalam mempelajari perbendaharaan kata. Kata-kata itu diberi
dalam bentuk terasing daripada konteks. Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum
tatabahasa dan hukum-hukum ini dihafaz sebagai cara mengatasi bahasa itu.
Menurut Abdullah Hassan, 1976 dalam buku Pedagogi Bahasa, isu atau
kefahaman tidak dipentingkan sangat, hanya sebagai latihan tatabahasa yang
menggunakan terjemahan ke dalam bahasa ibu. Ayat mungkin tidak berhubung antara
satu dengan yang lain.
5/28/2018 nota full
49/88
49
4.1 Konsep Terjemahan
Terdapat pelbagai takrif terjemahan yang diberikan oleh orang yang terlibat dalam hal
ini. Catford (1965: 20; 1996: 24) mengatakan bahawa penterjemahan ialah penggantian
bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa
lain (BT). Menurut Nababan (1999: 20), takrif ini lemah kerana seorang penterjemah
tidak akan mungkin dapat menggantikan teks bahasa sumber dengan teks bahasa
sasaran. Ini kerana struktur kedua-dua bahasa itu adalah berbeza antara satu sama
lain. Bahan teks bahasa sumber juga tidak pernah dapat digantikan dengan bahan teks
bahasa sasaran, bahkan dalam penterjemahan, ditekankan agar teks bahasa sasaran
tetap setia dengan isi teks bahasa sumber. Akan tetapi dengan pendekatan
strukturalnya, Catford menyedarkan kita bahawa dua bahasa yang terlibat, iaitu bahasa
sumber dan bahasa sasaran ini selalu mempunyai hubungan timbal balik walaupun
hubungan itu tidak selalunya harus simetri. Dengan lingkungan budaya, persekitaran
dan geografi yang berbeza, sudah tentu kedua-dua bahasa itu mempunyai padanan
terjemah, walaupun ada kemungkinan sesetengah perkataan tidak mempunyai
padanan terjemah dalam bahasa sasaran.
Dalam buku mereka The Theory and Practice of Translation, Nida dan Taber
memberikan takrif penterjemahan seperti yang berikut:
Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural
equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in
terms of style.
Takrif ini menyarankan agar kita mencari padanan terjemah yang paling hampir
atau yang paling sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna dan keduanya
dari segi gaya. Dalam buku ini juga, Nida dan Taber memperkenalkan kepada kita
konsep atau cara baru menterjemah. Kalau sebelum ini kita diajarkan agar memberi
penekanan kepada bentuk pesan atau mesej, tetapi mengikut cara baru, kita
disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada respons atau tindak balas pembaca
sasaran atau penerima mesej. Ini bermakna, terjemahan boleh dikatakan baik
sekiranya ia boleh difahami dengan mudah oleh pembaca sasaran. Makna dan gaya
5/28/2018 nota full
50/88
50
yang terdapat dalam teks sasaran juga hendaklah tidak menyimpang daripada gaya
dan makna yang terdapat dalam teks sumber. Oleh sebab itu, Nida mengemukakan
konsep " the closest equivalent of the source language, first in terms in meaning and
secondly in terms of style".Akan tetapi, perlu diperhatikan agar padanan itu sesuai atau
sepadan dengan lenggok atau idiom bahasa sumber.
Takrif yang dikutip daripada Bell (1991: 5) pula berbunyi:
Translation is the expression in another language (or target language) of what has
been expressed in another, source language, preserving semantic and stylisic
equivalences.
Mengikut takrif ini, terjemahan ialah mengungkapkan semula semua perkara
yang telah diungkapkan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa lain/kedua dengan
memelihara/mengekalkan padanan semantik dan stilistik. Jadi, takrif ini juga
menekankan aspek padanan, bukan sahaja dari segi semantik bahkan juga dari segi
stilistik atau gaya.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa terjemahan adalah satu proses
yang kreatif. Maksudnya, penterjemah perlu ada kreativiti sendiri apabila
menterjemahkan sesebuah teks. Dia bebas mentafsir bahasa sumber dan kemudiannyamenggunakan daya kreativitinya untuk mencari padanan terjemah yang paling sesuai di
antara sekian banyak padanan terjemah yang terdapat dalam bahasa sasaran itu.
Pendapat ini boleh dilihat dalam takrif yang dikemukakan oleh Levy (1967) yang
mengatakan bahawa terjemahan ialah "... a creative process which always leaves the
translator a freedom of choice between several approximately equivalent possibilities of
realizing situational meaning."
Kalau dilihat pada semua takrif ini, didapati bahawa ia menyangkut terjemahansecara umum. Walau bagaimanapun, ia juga turut boleh diterima pakai untuk
terjemahan sastera kerana selain aspek makna, takrif-takrif itu turut memberi
penekanan pada aspek gaya (stilistik) dan seperti yang diketahui, aspek bentuk amat
penting dalam karya sastera.
5/28/2018 nota full
51/88
51
Takrif yang dikemukakan oleh af Khal (2000: 14) juga turut menitikberatkan lafaz,
makna dan gaya. Ia boleh dilihat dalam kenyataan berikut:
" ".Takrif ini mengatakan bahawa terjemahan ialah satu seni yang indah. Ia memindahkan
perkataan, makna dan gaya daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, dan penerima
atau pembaca teks sasaran pula hendaklah dapat memahami dan menghayati teks itu
dengan mudah dan jelas sebagaimana yang dinikmati oleh pembaca teks asal. Jelas
bahawa takrif yang dikemukakan oleh Khal ini berkait dengan terjemahan sastera.
Muhammad Ini juga mengaitkan terjemahan sastera sebagai satu seni. Beliau
gunaan). Perkataan fann di sini digunakan dengan makna umum, iaitu terjemahan
merupakan satu kerja yang tidak akan tercapai melainkan dengan latihan dan
pengalaman, di samping bakat dan minat. Ia juga meliputi aspek keindahan dan aspek
karya terjemahan yang baik walau bagaimana bagus sekalipun penguasaan
bahasanya, sama ada bahasa sumber mahupun bahasa sasaran, mahupun
pengetahuan kesusasteraannya sekiranya dia tidak menjalani latihan yang panjang
atau tidak berpengalaman dalam bidang penterjemahan. Ringkasnya, tidak ada jalan
pintas untuk menjadi seorang penterjemah yang baik (1994: 2).
Daripada beberapa takrif yang dikemukakan tadi, dapatlah kita simpulkan
bahawa terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian, iaitu terjemahanmelibatkan dua bahasa (bahasa sumber dan bahasa sasaran), mesti ada bahan atau
teks yang akan diterjemahkan dan yang paling penting ialah padanan terjemah (akan
dibincangkan dalam 2.4.2 nanti). Jadi, sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa
terjemahan adalah satu proses. Ia melibatkan pengalihan pesan atau mesej yang
5/28/2018 nota full
52/88
52
terdapat dalam teks sumber, merangkumi makna dan gaya bahasa dengan padanan
terjemah yang paling wajar dan sejadi dalam bahasa sasaran.
4.2Proses dan Penterjemahan
Penterjemahan adalah proses pertukaran teks penulisan atau pertuturan bahasa
sumber kepada teks penulisan atau pertuturan bahasa sasaran yang
berpadanan. Tujuan asas penterjemahan adalah untuk menghasilkan semula berbagai-
bagai jenis teks, meliputi teks kesusasteraan, agama, saintifik, kefalsafahan dsb dalam
bahasa lain dan oleh yang demikian membuatkan mereka boleh digunakan kepada
pembaca yang lebih luas, untuk para pembaca sasaran yang lebih banyak dan untuk
merapatkan dunia.
Walau bagaimanapun penterjemahan bukanlah sesuatu tugas yang
mudah. Andai kata bahasa hanyalah satu pengelasan bagi satu set konsep umum atau
sejagat, sudah tentu ia akan menjadi sangat mudah untuk menterjemah dari satu
bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tetapi penterjemahan bukan sahaja
merangkumi penterjemahan perkataan demi perkataan, akan tetapi banyak juga faktor-
faktor lain yang diambil kira.
Secara keseluruhannya konsep sesuatu bahasa mungkin berbeza daripada yang
lain-lain. Ini adalah kerana setiap bahasa mempunyai artikulasi atau mengatur
perkataan secara berbeza. Semakin besar jurang antara bahasa sumber dengan
bahasa sasaran, proses penterjemahan menjadi semakin sukar.Perbezaan di antara
dua bahasa dan perbezaan dalam kebudayaan menjadikan proses penterjemahan
betul-betul mencabar. Faktor yang sukar sekali termasuk penterjemahan seperti
tatacara, gaya, makna, peribahasa, simpulan bahasa, dan sebagainya. Prosedur
penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Prosedur teknikal:Ini melibatkan analisis bahasa sumber dan sasaran dan satu
kajian lengkap mengenai teks bahasa sumber sebelum menterjemahkannya.
http://freelancer-snid73.blogspot.com/2010/01/proses-dan-kaedah-penterjemahan.htmlhttp://freelancer-snid73.blogspot.com/2010/01/proses-dan-kaedah-penterjemahan.htmlhttp://freelancer-snid73.blogspot.com/2010/01/proses-dan-kaedah-penterjemahan.html5/28/2018 nota full
53/88
53
2. Prosedur organisasi:Ini melibatkan penilaian semula hasil terjemahan yang
dilakukan. Termasuk juga perbandingan penterjemahan yang sedia ada dengan
penterjemahan teks yang sama oleh penterjemah yang lain. Prosedur organisasi
juga meneliti keberkesanan berkomunikasi terjemahan teks dengan meminta
pandangan para pembaca bahasa sasaran untuk menilai ketepatan dan
keberkesanannya dan meneliti reaksi mereka.
Selain itu Proses penterjemahan melibatkan seluruh proses bagaimana
penterjemah menghasilkan kesamaan di antara teks atau sebahagian dari teks ke
dalam bahasa yang lain. Proses penterjemahan boleh digambarkan sebagai:
Penyahkodan makna teks sumber, dan Pengekodan semula atau perterjemahan
makna ini dalam bahasa sasaran. Di sebalik proses mudah ini terdapat berbagai-bagai
aktiviti seperti penyemakan tatabahasa, sintaksis, simpulan bahasa, semantik, dan
yang keserupaan dengan bahasa sumber dan juga kebudayaan penuturnya.
Penterjemah memerlukan pengetahuan mendalam dalam penyahkodan dan kemudian
pengekodan semula yang makna dalam bahasa sasaran. Dalam kebanyakan kes,
pengetahuan penterjemah dalam bahasa sasaran adalah lebih penting berbanding
daripada pengetahuannya dalam bahasa sumber. Berikut adalah proses yang pada
kebiasaannya diikuti oleh semua penterjemah, untuk memastikan penulisan yang baik,
penterjemahan dengan tepat:
1. Dokumen yang hendak diterjemahkan diberikan kepada orang yang mempunyai
pengalaman yang baik dengan bahasa ibunda yang mana dokumen hendak
diterjemahkan.
2. Dokumen tersebut disunting oleh orang yang fasih dalam kedua-dua bahasa
sasaran dan sumber. Kejituan, tatabahasa, ejaan dan stail penulisan semuanya
disemak semasa peringkat penyuntingan.
3. Dokumen tersebut di Baca pruf oleh orang siapa fasih dalam kedua-dua bahasa.
Ia juga perlu menyemak ejaan dan tataletak.
5/28/2018 nota full
54/88
54
4. Akhirnya, sebelum dokumen tersebut sampai ke pelanggan, dokumen tersebut
disemak semula dengan lebih lanjut untuk memastikan bahawa penterjemahan
adalah tepat, tidak terdapat teks yang tertinggal dan tata letaknya sempurna.
Penterjemahan merupakan satu proses. Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga,
proses bermaksud satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan,
atau mencapai sesuatu (1994: 1058) Daripada takrif tersebut, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa proses ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan sengaja.
Jadi, proses penterjemahan ialah beberapa perkara yang dilakukan oleh penterjemah
ketika dia memindahkan maklumat atau apa sahaja yang terdapat dalam teks sumber
ke bahasa sasaran. Ia juga boleh dinamakan sebagai satu sistem kegiatan dalam
aktiviti menterjemah. Oleh sebab itu, ketika melakukan kerja-kerja penterjemahan,
seseorang penterjemah itu perlu berhati-hati dan berwaspada kerana kesilapan yang
dilakukan pada satu-satu peringkat itu akan menimbulkan kesilapan pada peringkat
yang lain pula. Apabila perkara ini berlaku, dibimbangi terjemahan yang dihasilkan nanti
akan mengandungi banyak kesilapan dan kesalahan.
Dalam model terjemahannya, Nida & Taber (1982:33) menyatakan bahawa
proses penterjemahan meliputi tiga peringkat, iaitu i) analisis, mesej yang terkandung
dalam teks asal (A) akan dianalisis dari segi a) hubungan gramatikal dan b) maknasetiap perkataan dan makna yang dibawa oleh gabungan perkataan; ii) pemindahan,
perkara-perkara yang dianalisis tadi akan dipindahkan daripada bahasa sumber (A) ke
dalam bahasa sasaran (B); dan iii) penstrukturan semula, bahan yang dipindahkan
akan distruktur semula mengikut struktur sasaran agar mesej yang disampaikan boleh
diterima oleh pembaca sasaran.
Jadi, setiap teks yang akan diterjemahkan perlu melalui tiga peringkat asas, iaitu
peringkat analisis, peringkat pemindahan dan peringkat penstrukturan semula. Prosesanalisis biasanya berlaku dalam fikiran atau ingatan penterjemah. Penterjemah akan
membaca, menganalisis dan memahami teks sumber itu dalam fikirannya. Setelah itu,
barulah teks asal akan dipindahkan semula ke bahasa sasaran dan proses pemindahan
ini juga biasanya berlaku dalam fikiran penterjemah. Oleh kerana itu, proses analisis
dan proses pemindahan ini dipanggil proses batin atau proses mental.
5/28/2018 nota full
55/88
55
Setelah ketiga-tiga proses itu diselesaikan, maka tamatlah kerja-kerja
penterjemahan. Akan tetapi, hasil terjemahan itu masih belum boleh diterbitkan atau
diedarkan kepada orang ramai. Ini kerana ia perlu melalui tiga lagi proses penting, iaitu
proses pemeriksaan, penyemakan dan penyuntingan. Proses-proses penterjemahan ini
akan diperincikan seperti yang berikut:
i. Analisis
Sebelum sesuatu teks diterjemahkan, teks itu perlu dibaca berulang kali agar ia dapat
difahami. Dalam proses pembacaan inilah, analisis teks dilakukan dan dalam usaha
memahami teks tersebut, pembaca atau penterjemah akan cuba mentafsir apa yang
dimaksudkan oleh penulis teks itu. Proses mencari maksud ini merupakan dialog antara
pembaca atau penterjemah dengan penulis. Dalam mentafsir teks tersebut, mula-mula
sekali pembaca atau penterjemah akan mencari makna setiap perkataan yang terdapat
dalam teks tersebut. Penterjemah boleh mencari makna perkataan itu dalam kotak
memorinya sendiri, tetapi andainya ingatannya tidak dapat membantu, dia perlu
mendapatkan bantuan daripada mana-mana kamus yang sesuai. Untuk benar-benar
memahami sesebuah teks itu, penterjemah bukan sahaja perlu mencari makna bagi